Tanah Melayu sudah tiada lagi, kata Rafidah
BANGI, Sabtu – Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan bangsa Melayu untuk tidak lagi memperkenalkan diri mengikut kaum berikutan hidup di negara majmuk.
Beliau berkata, orang Melayu tidak lagi berdiri di Tanah Melayu atau Malaya, tetapi kini merupakan sebahagian daripada Malaysia yang merupakan satu negara dan terdiri dari pelbagai kaum.
“Saya tahu, secara politiknya, ada yang tidak mahu begitu. ‘Saya Melayu dahulu’, (kata mereka).
“Di mana negara anda? Tanah Melayu sudah tiada lagi. Kini ia Malaysia,” kata bekas Ketua Wanita Umno itu.
Jelas Rafidah, Tanah Melayu yang kini menjadi Malaysia adalah kerana nenek moyang mereka sedar mereka adalah milik negara yang majmuk rakyatnya.
“Jadi mengapa anda mahu tekankan keMelayuan anda, India atau Cina anda?” soalnya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan