The Edge nafi terlibat dalam konspirasi guling Najib

the edge 1

BANGI, Isnin – Pengerusi The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan penerbit The Edge Media Group Ho Kay Tat menafikan pihaknya terlibatnya dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia seperti yang didedahkan Akhbar The News Straits Times (NST).

Tong dan Ho berkata, sebagai syarikat media perniagaan, minat The Edge terhadap isu 1MDB hanya semata-mata bertujuan membongkar apa yang terjadi dalam 1MDB serta pelbagai urusan kewangan dan perniagaan yang dibuatnya sejak beroperasi pada 2009.

“TEMG dan kami sendiri tidak pernah dan tidak terlibat dalam sebarang konspirasi politik, atau mempunyai sebarang agenda politik apabila kami menerbitkan artikel mengenai masalah dihadapi 1MDB,” tegas mereka.

Ini susulan daripada pendedahan NST hari ini yang mendakwa perbualan WhatsApp Datuk Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat serta Xavier Andre Justo bersama editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown adalah untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Mereka dikatakan berkomplot menumbangkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, di mana Rewcastle-Brown dilaporkan dengan angkuh pernah memberitahu Justo beliau ‘sedang mengubah masa depan negara ini’ dan akan meraikannya dengan segelas minuman keras sebaik ‘Najib tumbang’.

Jelas Tong dan Ho, sesiapa yang membaca pelbagai pendedahan dibuat akhbar itu akan tahu yang ia tidak pernah mengaitkan perdana menteri, atau kerajaan secara amnya, kepada masalah di 1MDB.

“Kami tidak pernah memberikan 1MDB spin politik dalam mana-mana artikel kami.

“Kami hanya mendedahkan isu pentadbiran korporat dan meletakkan pihak pengurusan, ahli lembaga pengarah dan beberapa pihak ketiga yang terlibat dengan 1MDB bertanggungjawab atas apa yang terjadi, sepertimana yang seharusnya berlaku pada mana-mana entiti korporat,” katanya, lapor sebuah portal.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?