Tiada sebarang pemecatan esok: Zahid Hamidi

zahid-hamidi
BANGI, Selasa – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan khabar angin berkenaan pemecatan yang akan berlaku keatas Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, esok.

Zahid berkata, perkara tersebut tidak pernah dimaklumkan mahupun dibincangkan mengenai pemecatan atau sebagainya.

“Jadi jangan buruk sangka dan melakukan spekulasi terhadap perkara berkenaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian apabila diminta mengesahkan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai khabar angin tersebut.

Terdahulu hari ini, Bernama melaporkan Khairy yakin tiada pemimpin kanan parti akan dipecat semasa mesyuarat MT Umno esok.

Semalam, satu perjumpaan khas dengan Biro Politik Umno diadakan sebagai persediaan sebelum menghadapi mesyuarat MT pada 9 September.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno.

Sebelum ini tersebar di media sosial kononnya Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz akan dipecat pada 9 September.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?