Tragedi Al-Haram: Arab Saudi mulakan siasatan

meca

MAKKAH, Sabtu – Arab Saudi kini memulakan siasatan mencari punca insiden kren tumbang di Masjidil Haram yang menyebabkan lebih 107 orang terkorban dan beratus-ratus lagi cedera , petang semalam.

Ketua Agensi Pertahanan Awam Arab Saudi, Leftenan Sulaiman Abdullah al-Amr, berkata siasatan sedang dijalankan untuk menilai kerosakan dan tahap keselamatan kawasan kejadian.

Insiden berlaku apabila kren merah besar tumbang lalu menghempap bahagian saie di tingkat dua Masjidil Haram yang ketika itu dipenuhi dengan jemaah jam 5.23 petang waktu tempatan, semalam.

Bagaimanapun pihak berkuasa tempatan memaklumkan angin kencang dan hujan lebat menjadi punca awal penyebab kren tersebut jatuh.

Berdasarkan video yang disiarkan, ia menunjukkan runtuhan struktur ini disusuli dengan bunyi dentuman yang kuat diikuti teriakan cemas jemaah haji. Kelihatan juga mayat mangsa yang terkorban di lantai masjid.

Seorang wartawan yang berpangkalan di Jeddah, Essam al-Ghalib memberitahu kren jatuh melalui lingkaran luar Masjidil Haram sebelum menghempap bahagian saie. Bumbung kemudian runtuh menyebabkan ramaia jemaah yang ketika itu sedang bersolat, berjalan dan berdoa, tertimbus.

Penyelidik Yayasan Warisan Islam, Irfan Al-Alawi memberitahu BBC bahawa Masjidil Haram kini dikelilingi oleh 15 kren besar yang mana semuanya digunakan bagi projek pembesaran Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya.

Setakat ini sekurang-kurangnya 107 jemaah dilaporkan meninggal dunia, manakala 238 lagi cedera, dalam kejadian itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?