(VIDEO) MAB nafi pesawat mendarat cemas atas lebuh raya di Jeddah

KUALA LUMPUR, Sabtu – Malaysia Airlines Berhad (MAS), hari ini, menafikan dakwaan bahawa pesawat milik syarikat itu terpaksa mendarat cemas di Jeddah seperti mana yang tersebar di dalam sebuah klip video, sejak kelmarin.

Jurucakapnya berkata, tiada laporan diterima mengenai insiden pesawat milik syarikat itu yang dilaporkan mendarat cemas di Jeddah.

“Kami tidak dapat memastikan kesahihan video itu, semua pesawat MAB dilaporkan mendarat dengan selamat di Jeddah.

“Mengenai laporan ribut pasir seperti dalam video, memang berlaku perkara itu namun semua pesawat yang mendarat di lapangan terbang itu diarahkan oleh menara kawalan untuk bergerak ke landasan dengan selamat,” katanya.

Sebelum ini, tersebar satu rakaman video yang menunjukkan sebuah pesawat dalam suasana ribut pasir, sehingga menimbulkan dakwaan bahawa pesawat itu mendarat cemas di atas sebuah jalan di Jeddah.

Rakaman itu juga, memperlihatkan seorang individu di dalam kereta, berpakaian dan bercakap menggunakan bahasa Arab merakamkan klip video berkenaan.

Bagaimanapun, setelah diteliti, laluan pesawat berkenaan adalah bersebelahan dengan laluan khas kereta untuk mengambil penumpang kenamaan yang menaiki pesawat berkenaan.

Cuaca tidak menentu dilaporkan berlaku di Jeddah sehingga menyebabkan kejadian rebut pasir mengganggu perjalanan operasi lapangan terbang dan kenderaan di jalan raya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?