Wartawan Al-Jazeera buat dokumentari Altantuya dihantar pulang

maryannjolley_aljazeera_110915
BANGI, Jumaat – Seorang wartawan Al-Jazeera yang menerbitkan dokumentari penyiasatan mengenai pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu telah dihantar pulang oleh pihak berkuasa Malaysia pada 14 Jun lalu.

Dalam program 101 East terbitan Al-Jazeera, wartawan kelahiran Australia, Mary Ann Jolley dilihat berjalan diiringi oleh pegawai-pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Saya diiringi oleh lima orang pegawai Kastam dan seorang lelaki dalam pakaian tentera untuk menaiki penerbangan saya ke Sydney,” kata Jolley dalam program tersebut ketika berjalan menaiki penerbangannya ke Sydney.

Satu kenyataan oleh Al-Jazeera berkata, Kementerian Dalam Negeri menyifatkan tindakan Mary Ann akan memberi kesan negatif kepada imej Malaysia.

Program yang disiarkan di Al-Jazeera pagi ini, menyiasat mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, dan mempersoalkan sama ada kedua-dua lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh adalah sebagai mangsa untuk orang lain.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia menafikan sekeras-kerasnya sebarang hubungan antara wanita Mongolia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan menolak dakwaan rasuah serta sogokan sekitar pembunuhan itu, kerana percubaan untuk memburuk-burukkan Najib sahaja.

Pengusiran Jolley ke negara asalnya bagaimanapun, membenarkan beliau untuk mengesan Sirul, salah seorang pembunuh yang disabitkan dalam kes ini yang kini ditahan oleh pihak imigresen Australia di Sydney.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?