Bahaya ustaz Syiah mengajar di sekolah Kementerian Pendidikan

851331887_7952_131229995683379460

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Rabu – Masih ada ustaz di bawah Kementerian Pendidikan yang mengajar subjek Pendidikan Islam di sekolah, berpegang kepada fahaman Syiah, kata Ahli Jawatankuasa Ulama Kedah, Ustaz Abdullah Din.

Sehubungan itu, beliau menggesa kementerian berkenaan supaya meneliti semula guru agama yang mengajar subjek Pendidikan Islam di sekolah supaya mereka tidak menyebar fahaman Syiah.

Beliau berkata, perkara yang membimbangkan apabila mengesan beberapa kes di mana guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam di sekolah berpegang dengan fahaman Syiah.

“Saya bimbang apabila guru Syiah mengajar anak-anak kita yang berpegang dengan sunnah wal jamaah.

“Pihak kementerian perlu mengambil serius hal ini supaya ia tidak mempengaruhi fahaman anak-anak di sekolah,” katanya ketika ditemui Ismaweb, semalam.

Ustaz Abdullah juga mencadangkan Jabatan Agama Islam atau pihak mufti negeri untuk mewajibkan pentauliahan kepada guru Pendidikan Islam supaya kes penyebaran fahaman Syiah dapat dikurangkan.

“Walaupun guru itu sudah diiktiraf oleh kementerian tetapi jika tiada tauliah dari Jabatan Agama Islam negeri maka dia tidak boleh mengajar subjek itu.

“Jabatan Pendidikan negeri juga perlu kenal pasti semua guru-guru yang membawa fahaman itu (Syiah),” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pusat pendidikan merupakan sasaran dalam penyebaran Syiah berikutan ramai guru dan pensyarah yang menganut fahaman itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?