110 wartawan terbunuh sepanjang 2015

Iraq, Syria, Perancis dan India diisytihar negara paling bahaya kepada petugas media

wartawann2

BANGI, Selasa – Seratus sepuluh wartawan terbunuh di seluruh dunia sepanjang tahun ini, kebanyakannya bukan di negara yang berperang atau bergolak, tetapi di negara-negara yang dikatakan aman, lapor Reporters Without Borders (RSF), hari ini.

Enam puluh tujuh daripada wartawan itu terbunuh ketika menjalankan tugas, kata kumpulan pemerhati itu dalam laporan tahunan yang turut menyenaraikan Iraq dan Syria adalah negara paling bahaya buat wartawan selepas 21 petugas media terbunuh.

Perancis turut disenaraikan negara bahaya kepada wartawan apabila lapan petugas media terbunuh dalam serangan ke atas pejabat penerbitan majalah satira yang menyiarkan kartun Nabi Muhammad SAW.

Laporan itu menyatakan 43 wartawan di seluruh dunia maut kerana sebab yang kurang jelas dan 27 lagi terbunuh kerana mereka kurang profesional.

Jumlah kematian tertinggi sebahagian besarnya adalah berpunca daripada keganasan yang disengajakan terhadap wartawan, sekali gus menunjukkan kegagalan inisiatif untuk melindungi kakitangan media, kata RSF yang turut menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan segera.

Laporan itu menyebut pada 2014 dua pertiga wartawan terbunuh di medan perang, tetapi tahun ini ia berlaku sebaliknya apabila dua pertiga daripada petugas media terbunuh di negara yang dikatakan aman.

Setiausaha Agung RSF, Christoper Deloire, berkata kematian 110 wartawan dan petugas media itu sepatutnya menjadi amaran kepada semua pihak supaya mengambil tindakan, malah RSF mencadangkan seorang wakil khas kepada Setiausaha Agung PBB yang menjaga keselamatan wartawan dilantik segera.

Jumlah terbaru itu menjadikan keseluruhan 787 wartawan dibunuh atau terbunuh sejak 2005, kata RSF yang berpangkalan di Paris.

Pada Januari lalu, dunia menyaksikan Perancis tersenarai dalam kes pembunuhan wartawan dan petugas media apabila sekumpulan lelaki menyerbu dan menembak secara rambang di pejabat majalah satira Charlie Hebdo, membunuh 12 orang termasuk lapan wartawan.

“Ianya adalah tragedi yang belum pernah terjadi. Negara Barat tidak pernah mengalami kejadian yang menyebabkan kematian ramai wartawan.

“Wartawan dan petugas Charlie Hebdo kini hidup dalam perlindungan dan pengawasan yang ketat, malah sesetengahnya kini kerap berpindah tempat tinggal,” kata RSF.

wartawann

Sementara itu, utara bandar Aleppo di Syria dikategorikan sebagai kawasan ‘periuk api’ untuk semua wartawan dan petugas media.

“Wartawan menjadi mangsa kepada konflik antara kumpulan sejak 2011. Ada yang dijadikan tebusan oleh kumpulan tanpa negara seperti IS, Pergerakan Al Nusra dan Tentera Pembebasan Syria, atau ditangkap oleh rejim Bashar Assad,” kata RSF.

Laporan itu juga menyenaraikan India sebagai ‘kawasan bahaya yang boleh membawa maut’ kepada petugas media apabila sembilan wartawan dibunuh sejak awal tahun ini, sesetengahnya kerana membuat laporan mengenai sindiket jenayah terancang yang turut mengaitkan ahli politik.

Lima daripada wartawan di India terbunuh disebabkan tugas mereka, manakala selebihnya tidak diketahui puncanya. Ia disenaraikan di tempat ke empat selepas Perancis kerana jumlah yang terbunuh tanpa diketahui puncanya adalah kurang.

“Jumlah kematian itu mengesahkan India sebagai kawasan bahaya kepada wartawan di Asia diikuti Pakistan dan Afghanistan,” kata laporan itu.

Laporan itu juga menyatakan sehingga akhir 2015, 54 wartawan diculik dan dijadikan tebusan, 26 daripadanya di Syria, manakala 153 wartawan lagi dipenjara – 23 daripadanya di China dan 22 di Mesir dan selebihnya di negara lain. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian