1MDB jual lagi ekuiti untuk kurangkan hutang berbilion ringgit

A man walks past a 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) billboard at the funds flagship Tun Razak Exchange development in Kuala Lumpur, in this March 1, 2015 file photo. Malaysia's indebted and controversy-ridden state investor 1MDB will be left as a skeletal structure and possibly dissolved under a debt repayment plan in which most of its assets will be sold, sources with direct knowledge of the matter said. REUTERS/Olivia Harris/Files (MALAYSIA - Tags: BUSINESS LOGO REAL ESTATE)

BANGI, Khamis – Syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekali lagi menjual ekuitinya kepada syarikat tempatan dan asing dalam usahanya untuk mengurangkan hutang berbilion-bilion ringgit.

Kali ini, syarikat yang dibebani hutang RM42 bilion itu menjual 60 peratus pegangan sahamnya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings berhad (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Sebelum ini, 1MDB telah menjual semua asetnya, Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) bernilai RM9.83 bilion.

CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.

Selain penjualan ekuiti dalam syarikat tenaga, pelan rasionalisasi 1MDB termasuk pelaksanaan pertukaran hutang dengan ekuiti, dengan syarikat pelaburan petroleum dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) yang akan mengurangkan hutang 1MDB sebanyak kira-kira RM16 bilion.

Berikutan penjualan Bandar Malaysia itu hari ini, 1MDB mengakui mencapai sasaran pelan rasionalisasi dalam mengurangkan hutang syarikat milik kerajaan bagi tempoh enam bulan yang dijanjikan.

Presiden 1MDB, Arul Kanda berkata, syarikat pelaburan itu akan menerima deposit sebanyak 10 peratus atau RM741 juta darioada urusniaga itu yang dijangka lengkap menjelang penghujung Jun 2016.

“IWH yang juga pemaju utama bagi bahagian Flagship A Koridor Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Iskandar adalah perkongsian awam-swasta antara Credence Resource Sdn Bhd (60 peratus) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (40 peratus), yang dimiliki oleh kerajaan negeri Johor.

“Konsortium terbabit menilai penuh 100 peratus tanah Bandar Malaysia pada harga RM12.35 bilion. Nilai bersamaan 60 peratus tanah adalah RM7.41 bilion dan 1MDB dan menerima deposit 10 peratus atau RM741 juta selepas pelaksanaan perjanjian,” katanya pada sidang media selepas Majlis Tandatangan Perjanjian Jual Beli Saham, hari ini.

Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah perkongsian awam-swasta antara Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Katanya, hasil daripada jualan itu juga 76 peratus daripada Bandar Malaysia akan dimiliki entiti Malaysia dimana kira-kira 54 peratus daripada projek tersebut dimiliki Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor.

“Perjanjian hari ini menandakan kejayaan besar terakhir dalam rancangan rasionalisasi 1MDB seperti yang dikemukakan kepada Kabinet Malaysia pada 29 Mei 2015.

“Ia susulan dari perlaksanaan Lembaran Jangka Mengikat dengan IPIC pada Jun 2015 dan Perjanjian Jual Beli Saham dengan Kumpulan CGN pada November 2015,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian