Akademi KTMB tawar program Ijazah Sarjana Pengangkutan

Kerja Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

KUALA LUMPURA, Ahad – Akademi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kini menawarkan program peringkat Ijazah Sarjana Pengangkutan, khususnya bagi teknolong kereta api.

Presidennya, Lt Kol (B) Sarbini Tijan, berkata langkah itu sebagai usaha unyik meningkatkan perkhidmatan KTMB di seluruh negara.

“Dalam hala tuju industri kereta api negara, kita telah kenal pasti dua pusat latihan yang akan digunakan sebagai pusat kecemerlangan iaitu di Batu Gajah dan di Pusat Latihan Prasarana Berhad di Ampang,” katanya.

Beliau berkata, pusat latihan itu kini hanya menawarkan pengajian peringkat diploma kepada kakitangan KTMB dan agensi yang terbabit dengan industri kereta api dalam negara.

“Latihan yang diberikan lebih cenderung kepada kemahiran iaitu 80 peratus berbentuk amali dan 20 peratus berbentuk teori mengenai sistem pengangkutan kereta api dan tahun depan kita akan buka kepada umum,” katanya.

Sarbini juga memaklumkan tambahan empat Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) bagi  laluan Butterworth-Kuala Lumpur yang memakan masa perjalanan tiga jam 35 minit.

Katanya, KTMB juga akan menambah dua lagi perkhidmatan ETS bagi laluan Padang Besar-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Padang Besar selain menambah kekerapan perkhidmatan komuter bagi laluan Kamunting-Butterworth dan Butterworth-Gurun mulai tahun depan.

KTMB katanya, merancang untuk menambah kekerapan perkhidmatan tren ulang-alik bagi laluan Padang Besar-Butterworth kepada 10 kali perjalanan sehari.

“Setakat kini kita hanya ada empat kekerapan perjalanan tren ulang-alik ini dan kita akan tambah sebanyak enam perjalanan lagi bagi laluan Padang Besar- Butterworth,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian