Arab Saudi naikkan harga petrol

minyak saudi naik
RIYADH, Selasa – Kerajaan Arab Saudi telah meluluskan kenaikan harga petrol semalam.

Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan bermula selepas 12 tengah malam Isnin, manakala kadar tarif elektrik dan air dinaikkan bermula 11 Januari 2016.

Harga petrol jenis Octane 91 akan naik kepada 75 halala berbanding 45 halala sebelum ini.

Harga petrol jenis Octane 95 pula naik kepada 90 halala berbanding 60 halala sebelum ini.

Syarikat minyak Saudi Aramco telah mengarahkan semua stesennya tutup seketika bagi melicinkan proses penyelarasan harga.

Beberapa negara teluk seperti UAE dan Kuwait telah lebih awal menaikkan harga petrol di tengah-tengah penurunan harga minyak dunia yang menyebabkan hasil berkurangan.

Kabinet Arab Saudi juga mengumumkan belanjawan negara sebanyak 840 bilion riyal bagi tahun 2016, yang turut mendapat perkenan Raja Salman. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian