Aziz Desa meninggal dunia
LANGKAWI, Ahad – Bekas pengacara dan personaliti televisyen terkenal, Aziz Desa, 50, meninggal dunia pada jam 10.50 pagi tadi di kediaman keluarganya di Langkawi, Kedah.
Allahyarham Aziz yang juga bekas wartawan Berita Harian menghembuskan nafas terakhir kerana komplikasi diabetes dan buah pinggang sejak Januari lalu.
Adiknya, Atikah Desa memberitahu, Aziz meninggal dunia di rumahnya di Langkawi.
Berita tersebut turut disahkan oleh adiknya, Azri Desa, melalui satu status di Facebook.
Allahyarham yang nama sebenarnya Abdul Azid popular sewaktu menjadi pengacara beberapa rancangan bual bicara antaranya program pagi Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 dan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) terbitan TV9.
Allahyarham disifatkan antara pengacara yang disegani kerana kepetahannya berbicara.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan