Betul! Memang ada anggota polis terbabit, bersubahat: Ketua PPIM

PPIM-Datuk-Nadzim-Johan

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Khamis – “Apa yang pasti, memang ada polis yang terbabit dan bersubahat dalam hal ini.”

Demikian ditegaskan sekali lagi oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, kepada ismaweb.net berhubung kenyataannya dalam sebuah akhbar hari ini.

Sambil mempertahankan kenyataannya yang mendakwa ada anggota polis bersubahat dalam kes penipuan di Kompleks Kota Raya, Nadzim berkata beliau bersedia untuk mendedahkan maklumat berkaitan dakwaan itu sebagaimana diminta oleh pihak polis, hari ini.

“Polis juga telah menghubungi saya untuk berjumpa. Dan kita telah berjanji untuk bertemu pada Isnin depan jam 4 petang,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.

Nadzim bagaimanapun kesal dengan laporan yang dikeluarkan sebuah portal berita liberal hari ini yang dianggap sengaja ingin mensensasikan isu tersebut.

BERITA BERKAITAN: Polis arah ketua PPIM beri keterangan

“Sebenarnya tiada apa pun. Ia bukanlah beri keterangan sebaliknya memberi maklumat siapa polis yang terlibat itu.

“Cuma biasalah, bila ada yang cuba memperbesarkan lagi hal ini,” katanya.

Beliau ketika ditanya lanjut berkenaan identiti polis itu bagaimanapun berkata, buat masa ini biarlah ia tidak didedahkan kepada umum terlebih dahulu.

“Apa yang pasti, memang ada polis yang terbabit dan bersubahat dalam hal ini.

“Perkara-perkara begini sudah tentu ada anggota yang ‘termakan’ dengan sindiket ini, kerana ia bukan isu baru. Kes penipuan oleh peniaga ni dah lama berlaku,” katanya.

Dalam laporan Utusan hari ini, Nadzim Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menjalankan siasatan terperinci bagi kenal pasti jika ada anggota yang bersubahat dalam kes penipuan di Kompleks Kota Raya.

“Banyak perkara pelik yang berlaku apabila pengusaha premis berani melakukan penipuan secara terang-terangan seperti ada yang melindungi mereka. Pihak berkuasa tidak mengenakan tindakan terhadap mereka tetapi mengenakan tindakan kepada aktivis PPIM yang membantu,” kata Nadzim.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian