DAP parti politik sempit, sombong dan takabbur: PAS

takiri

BANGI, Selasa – PAS menyifatkan parti cauvinis dan rasis – DAP – sebagai parti yang sombong dan takbur, selain tidak menghiraukan sensitiviti perkauman dan agama.

Sehubungan itu, PAS mengingatkan parti berfikiran sempit itu bahawa Pilihan Raya Umum akan datang akan menjadi pengajaran kepada mereka.

Memetik laporan BNBBC hari ini, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata DAP sememangnya sebuah parti yang sombong dan takabbur.

“Mereka berpolitik tanpa menghiraukan sensitiviti perkauman dan keagamaan, DAP juga akan mempergunakan rakan kerjasama politik untuk kepentingan sempit politik mereka, katanya mengulas kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen bahawa hanya mereka yang tidak waras sahaja akan mengundi calon parti Islam itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan.

Chong juga dilaporkan mendakwa PAS yang kini dituduh parti rasis itu sebagai rakan sekutu UMNO tidak akan memperoleh sebarang sokongan daripada rakyat negeri itu pada PRN akan datang.

Khairuddin berkata, dakwaan DAP bahawa hanya orang tidak waras sahaja akan mengundi PAS adalah tuduhan melampau.

DAP katanya, kerap mengeluarkan kenyataan tanpa menghiraukan sensitiviti perkauman dan untuk itu perlu dikecam semua pihak.

“Rakyat Malaysia tidak boleh menerima politik sombong dan bongkak, tunggulah PRU 14 untuk kita tengok bagaimana rakyat Malaysia mengajar DAP nanti.

“Saya yakin Penang bukan lagi milik DAP, Sarawak pun usah dimimpi menjadi milik DAP,” ujarnya.

Setakat ini, PAS memaklumkan bahawa parti itu akan bertanding di 10 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk kawasan DUN baharu yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Antaranya ialah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Samariang.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian