DAP pertahan ahli sukan Israel, ada udang di sebalik batu: Isma

Ahli sukan Israel, Yoav Omer dilarang memasuki Malaysia.

Ahli sukan Israel, Yoav Omer dilarang memasuki Malaysia.

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, Ahad – Bantahan DAP Perak terhadap sekatan visa ke atas ahli sukan Israel menimbulkan persepsi wujud hubungan mesra antara parti rasis dan cauvinis itu dengan Zionis Israel.

“Ia menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat mengenai hakikat sebenar hubungan DAP dengan entiti penjajah Zionis itu, serta semangat patriotisme parti cauvinis itu,” kata Ketua Penerangan Isma, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman dalam satu kenyataan malam tadi.

Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin dilaporkan menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi hari ini.

“Sukan sepatutnya melampaui sempadan politik dan perlu berkecuali daripada politik,” katanya.

Ustaz Hazizi yang juga Setiausaha Biro Politik Isma menyifatkan bantahan itu dengan sendirinya memberikan persepsi seolah-olah hubungan dua entiti itu amat mesra dan ibarat ada udang di sebalik batu.

“DAP perlu menyatakan pendiriannya secara jelas terhadap isu Palestin, terutamanya status negara haram Israel. Jika tidak, persepsi mencurigakan itu akan kekal terpahat dalam minda rakyat negara ini,” katanya.

Jelasnya lagi, keputusan Khairy itu bukan suatu yang luar biasa kerana ia selari dengan pendirian rasmi kerajaan Malaysia terhadap isu Palestin.

“Satu dunia sudah amat maklum dengan kekejaman tidak berperikemanusiaan Yahudi Zionis ke atas umat Islam Palestin.

“Hanya orang-orang yang tidak berhati perut dan mati nurani sahaja yang tidak mahu memahami penderitaan rakyat Palestin dan masih mengiktiraf negara haram Yahudi Zionis Israel,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Israel tak hantar peserta kejohanan layar dunia Langkawi selepas kita kenakan syarat ketat
Pemain badminton Israel mesti dihalau keluar Indonesia

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian