Dua jambatan Sungai Chalil ditenggelami air, penduduk terputus hubungan

TMI Banjir

GUA MUSANG, Selasa – Hujan berterusan sejak awal pagi tadi menyebabkan kira-kira 2,000 penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil di sini terputus hubungan apabila menyebabkan dua jambatan yang merentasi Sungai Chalil ditenggelami air.

Kedua-dua jambatan utama itu, yang menghubungkan RKT Kesedar Chalil dengan kawasan lain termasuk bandar Gua Musang, ditenggelami air limpahan sungai itu sedalam 0.8 meter sejak 3 petang tadi.

Ketua Peneroka RKT Kesedar Chalil, Mat Lazim Yaacob berkata kebanyakan peneroka yang ke bandar Gua Musang atau tempat lain tidak dapat pulang ke rumah masing-masing kerana terputus hubungan.

Beliau berkata jambatan itu sering ditenggelami air setiap kali hujan lebat walaupun di luar musim tengkujuh, menyebabkan penduduk bimbang untuk keluar dari kampung berkenaan.

“Hujan berterusan ketika ini…kemungkinan air sungai semakin naik dan mengambil masa agak lama untuk surut selepas hujan berhenti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mat Lazim berkata penduduk di kawasan rendah RKT itu juga bersiap sedia untuk berpindah ke pusat pemindahan jika hujan berterusan.

“Pada musim tengkujuh tahun lepas, jambatan itu juga tenggelam hingga menyukarkan para penduduk,” katanya. — BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian