Israel benar Yahudi masuk, beribadat di Masjidil Aqsa

alaqsa

RAMALLAH, Selasa – Mahkamah Israel semalam memberi kebenaran kepada penduduk Yahudi untuk bersembahyang dan melakukan upacara keagamaan di kawasan Masjidil Aqsa, sekali gus melanggar perjanjian status quo setengah abad.

Perintah yang dianggap sebagai provokasi itu dikeluarkan Mahkamah Daerah Jerusalem sedangkan penduduk Yahudi sebelum ini hanya dibenar melawat kawasan itu.

Mengikut perjanjian lebih setengah abad lalu, penduduk Yahudi dilarang bersembahyang dan melakukan upacara keagamaan mereka di Masjidil Aqsa kerana ia adalah tanah suci ketiga umat Islam.

Pengawal keselamatan di Masjidil Haram baru-baru ini mengusir seorang aktivis Yahudi, Yehuda Etzion dan mengharamkan dia memasuki kawasan itu selepas dia mengangkat tangan dan melakukan upacara keagamaan Talmud.

Bagaimanapun, hukuman ke atas Etzion ditarik balik selepas dia mengemukakan rayuan di mahkamah yang kemudian mengkritik tindakan polis Israel.

Selepas perbicaraan itu, Etzion berkata tidak ada salahnya orang Yahudi bersembahyang dan melakukan upacara di masjid suci itu kerana orang Yahudi turut menghormatinya.

Fakhri Abu Diyab, yang mengetuai sebuah jawatankuasa tempatan di Jerusalem berkata, secara umumnya penduduk Jerusalem, kumpulan yang mempertahankan Al-Aqsa – Al Murabiteen – bersama pengawal Jabatan Waqf yang mentadbir tanah suci itu bimbang dengan perbuatan penduduk Yahudi yang bersembahyang dan melakukan upacara Talmud di situ.

“Kami meletakkan sepenuh komitmen supaya mereka mematuhi status quo itu,” katanya.

Warga Palestin percaya pihak Israel mahu menukar status quo di Masjidil Aqsa dan tindakan itu bakal mecetuskan lagi kemarahan mereka. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian