Isu Kampung Mutiara: Pemilik tanah enggan berunding

"</p

GEORGETOWN, Selasa – UMNO bahagian Bukit Bendera kesal kerana pemilik tanah Kampung Mutiara di Batu Feringghi, Peter L S Loke, enggan berunding dengan penduduk dan kerajaan bagi menyelesaikan masalah pengusiran dan perobohan rumah di kampung itu.

Ketuanya, Datuk Ahmad Ismail, berkata UMNO juga kesal kerana pemilik tanah menolak rundingan, termasuk tawaran Kerajaan Pusat untuk membeli tanah ini mengikut harga pasaran dalam surat yang dikeluarkan pada 27 Ogos lalu.

“Malah, pemilik tanah ini dilihat langsung tidak mahu menjalankan rundingan dengan mana-mana pihak, termasuk dengan kerajaan negeri,” katanya.

Awal pagi ini, ratusan penduduk Kampung Mutiara di Batu Feringghi sekali lagi melakukan sekatan dan kawalan di pintu masuk ke kampung mereka berikutan ura-ura pemilik tanah akan menjalankan kerja pengusiran.

Penduduk dilaporkan menyekat pintu masuk kampung di tepi bukit di Batu Ferringhi dengan menempatkan golongan tua serta kerusi roda di bahagian hadapan bertujuan menghalang sebarang usaha merobohkan rumah mereka.

Ini adalah percubaan kali kedua Loke untuk mengusir penduduk kampung itu selepas usaha pada pertengahan Oktober lalu gagal berikutan penduduk bangkit mempertahankan kampung mereka.

Bagaimanapun, keadaan menjadi reda selepas Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, memaklumkan polis mendapat perintah mahkamah bagi penangguhan pengusiran itu selepas mengadakan perbincangan dengan pemilik tanah, atas faktor keselamatan.

Loke, 65, yang juga bekas jurutera dilaporkan membeli 1.4 hektar tanah kampung itu dalam lelongan di mahkamah pada 1991.

Loke sebelum ini dilaporkan mempersoalkan tuduhan orang ramai yang mengatakan dia membeli tanah itu dengan harga yang murah dan bakal mendapat keuntungan lumayan.

Memetik kenyataannya yang disiarkan dalam The Star 26 Ogos lalu, Loke berkata:

“Jika ianya murah pun, apa kaitannya dengan orang lain? Setinggan itu mahu memeras saya jutaan ringgit dan kerajaan membela mereka.”

“Saya telah dinafikan hak untuk memiliki tanah sendiri. Saya diheret ke dalam tindakan undang-undang selama lebih lapan tahun. Saya terpaksa membayar cukai tanah RM8,000 setahun.”

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian