JAKIM pantau ‘ustaz youtube’

Datuk-Othman-Mustapha

KUALA LUMPUR, Selasa – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa memantau ceramah tanpa tauliah, terutama ‘ustaz youtube’ bagi mengekang ajaran salah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustafa, berkata JAKIM sedia maklum mengenai isu ‘ustaz youtube’ yang membawa pemikiran tidak selari dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sebelum ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan orang ramai, khususnya umat Islam supaya tidak mudah mempercayai atau terlalu taksub dengan ceramah yang disampaikan ‘ustaz youtube’.

Beliau berkata, ketaksuban terhadap penceramah youtube ini akan mendorong sesetengah individu mengambil jalan pantas untuk ke syurga dengan menyertai kumpulan militan atau ekstremis.

“Jakim juga sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi isu yang berkaitan dengan media baru dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi isu yang berkaitan dengan media elektronik.

“Sekiranya terdapat perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang negara, Jakim akan bekerjasama dengan pihak Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri serta pihak-pihak berkuasa lain bagi mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Othman berkata, Jakim juga bekerjasama dengan pihak Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri serta pihak-pihak berkuasa lain bagi mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya terdapat perkara yang bercanggah dengan undang-undang negara.

“Jakim dari semasa ke semasa bersikap terbuka dan sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan dan kerjasama dari pelbagai pihak bagi membanteras gerakan, aliran pemikiran atau aktiviti yang boleh menjejaskan kesucian aqidah dan keharmonian hidup umat Islam di negara ini,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian