Karnival Lepasan Sekolah 2016 bakal dedah persediaan ke IPT

Xpresiremajakrim

Oleh: Muhammad Rusydi Muhammad Razif

JOHOR BAHRU, 31 Dis – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) bakal menganjurkan Karnival Lepasan Sekolah (KLS) khusus bagi pelajar-pelajar yang baru menamatkan alam persekolahan.

Program tahunan yang telah berlangsung selama tiga tahun berturut-turut itu akan mendedahkan pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM dengan persediaan memasuki alam kampus seperti tips temuduga dan biasiswa, motivasi hala tuju selepas sekolah, pameran kerjaya, forum ‘Survival Kampus’ dan pelbagai lagi aktiviti yang sarat dengan info dan maklumat yang berkaitan.

KLS akan berlangsung di semua negeri di seluruh Malaysia bermula pada 9 Januari 2016 dan berakhir pada 30 Januari 2016.

Menurut pengarah program KLS Johor, En. Mohd Aizat Farid Hasan, para pelajar lepasan sekolah seharusnya mengambil peluang ini untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan persediaan sebelum melangkah ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam negara mahupun di luar negara.

“Saya berharap KLS pada kali ini dapat menjadi platform yang terbaik untuk mempersiapkan pelajar-pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi dengan segala bekalan serta keperluan yang diperlukan kelak.

“Semoga setiap pelajar yang menghadiri KLS akan mempunyai gambaran Dan matlamat yang jelas berkenaan halatuju Dan Pilihan yang patut Mereka buat kelak,” ujarnya.

Pelajar-pelajar lepasan sekolah diseru untuk tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan mendaftarkan diri sebagai salah seorang peserta KLS.

Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi borang online di pautan http://bit.ly/daftarkls_2016.

Maklumat lanjut mengenai KLS boleh didapati di laman facebook ‘Xpresi Remaja KRIM’.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian