Kertas siasatan SRC International, RM2.6 bilion ke Peguam Negara minggu depan

srccas

KUALA LUMPUR, Ahad – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyerahkan kertas siasatan berhubung wang RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kepada Peguam Negara, minggu depan.

Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zain, berkata dalam masa yang sama juga kertas siasatan kes SRC International akan turut diserahkan kepada Peguam Negara.

Dalam sath kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau berkata, siasata terhadap kedua-dua kes itu dikendalikan oleh pegawai SPRM dengan bebas dan profesional.

“Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah memberi panduan dan amanat supaya pasukan siasatan kes itu mesti merekodkan syor berkenaan hasil siasatan dengan bebas sama ada terdapat kes atau sebaliknya.

“Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami (SPRM) untuk mencadangkan pertuduhan dalam laporan Kertas Siasatan yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu depan. Begitu juga sebaliknya.

“Pengurusan tertinggi SPRM berpendirian perkara ini penting bagi memastikan semua pihak mengetahui yang SPRM telah mengambil segala tindakan secara profesional dan bebas,” katanya.

Bahari juga berkata, Akta SPRM 2009 tidak membolehkan badan itu memaklumkan butiran terperinci siasatan kepada umum.

“SPRM tiada masalah untuk mendedahkan butiran siasatan jika ia tidak bercanggah dengan undang-undang. Bagaimanapun peruntukan yang sedia ada tidak membenarkan SPRM berbuat demikian,” katanya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendesak SPRM mendedahkan penderma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib.

“SPRM berharap semua pihak faham akan perkara ini. Sebagai penggubal undang-undang, diharap YB Rafizi memahami kekangan ini dan mengesyorkan pindaan yang sewajarnya bagi membolehkan SPRM mendedahkan hasil siasatan kes yang disiasat secara terperinci kepada umum,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian