Konsortium minta kerajaan naikkan tambang bas

bas

KUALA LUMPUR, Rabu – Konsortium Transnasional Bhd (KTB) meminta kerajaan menaikkan kadar tambang bas ekspres setelah lama tertangguh selain kos opersi yang dilaporkan semakin meningkat.

Pengarah Urusan KTB, Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, memberi alasan kos operasi meningkat berikutan kejatuhan nilai ringgit dan kesan ke atas cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Kos operasi, termasuk penyelenggaraan dan alat ganti, semakin meningkat tetapi kami tidak menyalurkannya kepada pengguna,” katanya pada sidang akhbar sempena pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) Nadicorp Holdings Sdn Bhd dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sejauh mana kenaikan kos kerana syarikat itu masih lagi menelitinya.

Mohd Nadzmi juga Pengerusi Eksekutif Nadicorp, konglomerat beberapa syarikat terlibat dalam pengangkutan bas awam, termasuk KTB.

Mac lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan tambang bagi perkhidmatan bas ekspres dan teksi.

Bagaimanapun, kerajaan hanya meluluskan kenaikan tambang untuk teksi, dan menangguhkan kenaikan tambang bagi perkhidmatan bas ekspres.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian