KTMB mahu tingkat perkhidmatan: Presiden

ktmbKUALA LUMPUR, Ahad – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan meningkatkan perkhidmatannya di seluruh negara, kata Presidennya Lt Kol (B) Sarbini Tijan.

Beliau berkata mulai semalam KTMB telah memperkenalkan empat Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) tambahan bagi laluan Butterworth-Kuala Lumpur yang perjalanannya mengambil masa tiga jam 35 minit bagi setiap perjalanan.

Tahun depan KTMB juga akan menambah dua lagi perkhidmatan ETS bagi laluan Padang Besar-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Padang Besar selain menambah kekerapan perkhidmatan komuter bagi laluan Kamunting-Butterworth dan Butterworth-Gurun, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata KTMB juga merancang untuk menambah kekerapan perkhidmatan tren ulang-alik bagi laluan Padang Besar-Butterworth kepada 10 kali perjalanan sehari.

“Setakat kini kita hanya ada empat kekerapan perjalanan tren ulang-alik ini dan kita akan tambah sebanyak enam perjalanan lagi bagi laluan Padang Besar- Butterworth,” kata Sarnini.

Beliau juga berkta KTMB sedang merangka untuk menaik taraf akademi keretapi KTMB di Batu Gajah, Perak supaya dapat menawarkan program peringkat ijazah sarjana dalam bidang pengangkutan khususnya teknologi kereta api.

“Dalam hala tuju industri kereta api negara, kita telah kenal pasti dua pusat latihan yang akan digunakan sebagai pusat kecemerlangan iaitu di Batu Gajah dan di Pusat Latihan Prasarana Berhad di Ampang,” katanya.

Katanya sehingga kini pusat latihan itu hanya menawarkan pengajian peringkat diploma kepada kakitangan KTMB dan agensi yang terlibat dengan industri kereta api dalam negara.

“Latihan yang diberikan lebih cenderung kepada kemahiran iaitu 80 peratus berbentuk amali dan 20 peratus berbentuk teori tentang sistem pengangkutan kereta api dan tahun depan kita akan buka kepada umum,” katanya.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?