Mangsa banjir di Terengganu meningkat 1,704 orang

banjir-di-terengganu-2

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU, Selasa – Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi ini kepada 1,704 orang daripada 503 keluarga berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN), sebanyak 31 pusat pemindahan dibuka di beberapa daerah sekitar Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Kemaman mencatatkan jumlah mangsa terbanyak iaitu 991 orang (daripada 243 keluarga), diikuti Hulu Terengganu 474 orang (194 keluarga), Dungun 231 orang (64 keluarga) dan Marang sebanyak 8 mangsa (2 keluarga).

Pusat pemindahan yang dibuka sejak 2 hari lepas bertambah dengan Kemaman kini sebanyak 15 pusat, Hulu Terengganu (11 pusat), Dungun (4 pusat) dan Marang sebuah pusat.

Cuaca pagi ini dilaporkan cerah. – Bernama

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian