Mohon BR1M 2016 sebelum 31 Disember: Najib
BANGI, Isnin – Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi bantuan tahun depan diminta mengemukakan permohonan sebelum 31 Disember ini.
Permohonan dan mengemas kini butiran penerima boleh dibuat melalui dalam talian iaitu http://ift.tt/PIAy0l atau mengisinya dalam borang sebelum menyerahkannya di mana-mana pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Jika permohonan lengkap dan anda layak, maka bayaran BR1M akan diberi secara berperingkat bermula 28 Januari,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Facebook beliau, hari ini.
Ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat Oktober lalu, Perdana Menteri mengumumkan jumlah bayaran BR1M akan dinaikkan.
Bagi mereka yang mempunyai isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, jumlah BR1M yang diterima sebanyak RM1000, manakala isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima RM800.
Seterusnya, BR1M bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, bantuan yang diterima sebanyak RM400.
Sementara itu, bagi penerima e-Kasih iaitu berpendapatan bulanan kurang daripada RM1,000 sebulan, mereka akan menerima sebanyak RM250 pada 28 Januari dan 28 April, manakala pada 23 Jun, jumlahnya adalah RM300 dan RM250 pada 28 September 2016.
Najib juga memberi jaminan BR1M yang mula diperkenalkan pada 2012 akan diteruskan bagi menampung keperluan rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup yang tinggi.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan