Pelayar dari entiti haram Israel, membongkar wajah hipokrit DAP

dap israel
TIDAK ada apa-apa yang istimewa atau perlu diberi sambutan baik terhadap tindakan parti sosialis DAP menarik balik kenyataan yang mengecam Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung isu pelayar dari entiti haram Israel baru-baru ini.

Tindakan ini tidak meleburkan identiti parti rasis ini yang sangat konsisten dengan agenda anti-Islamnya yang sangat dimaklumi oleh umat Islam. Ia tidak menjadikan parti ini sebagai patriotik atau penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin yang sah. Malah episod ini hanya menguatkan lagi pernyataan bahawa DAP hanya pandai bersandiwara sahaja dan bersifat hipokrit.

Dan ini bukan kali pertama mereka berbuat demikian.

Terdapat satu kalimat yang masyhur di dalam Bahasa Inggeris iaitu “Bad Cop Good Cop” (polis jahat dan polis baik). Taktik ini sangat ketara digunakan oleh DAP dalam kes pelayar dari Israel. Pada mulanya mereka mengecam tindakan Khairy Jamaludin dengan pelbagai alasan yang hanya mendedahkan wajah pro-Israel mereka). Rakyat dan Netizen membalas balik kecaman DAP secara intens di alam maya. DAP tidak menghiraukan langsung kecaman balas dan kritikan para Netizen dan rakyat umum. Parti sosialis rasis ini menarik balik kenyataan pemimpin mereka dari Perak hanya setelah Dr MAZA mengecam kenyataan tersebut.

Ini adalah satu aplikasi Bad Cop Good Cop yang diambil oleh DAP. Mereka terpaksa akur setelah Dr MAZA mengecam mereka hanya untuk menjaga kepentingan dan maslahat politik mereka. ia tidak ada kena mengena dengan semangat “suci” kononnya DAP bersama perjuangan rakyat Palestin.

Bagaimanapun di dalam banyak isu yang melibatkan kedudukan dan kepentingan Islam, umat Islam dan bangsa Melayu, ciri-ciri Bad Cop lebih menonjol dan sangat ketara tanpa mengorbankan ciri-ciri hipokrit mereka. Laungan ingin mengikuti jejak langkah Khalifah Umar Abdul Aziz hanyalah retorik busuk yang telah berjaya mengelabui mata sebilangan umat Islam supaya menyokong mereka. Umat Islam yang lurus bendul itu tidak menyedari bahawa prinsip Machiavelli (matlamat menghalalkan cara) sedang diaplikasikan secara halus dan berkesan.

Setelah berjaya mempengaruhi sebahagian umat Islam dan mendapat kepercayaan mereka, parti ini mula menampakkan wajah sebenar mereka. Mengadu domba, bermain kayu tiga, menyemai bibit-bibit persengketaan, provokasi perkauman yang sengaja dibuat-buat, kenyataan-kenyataan yang sensitif dan berbaur hasutan dan perlecehan terhadap Islam, Melayu, tokoh, institusi … semua ini merupakan arsenal peluru yang lazim digunakan oleh parti atau kumpulan ekstremis politik untuk mengaut sebanyak keuntungan daripada suasana kacau bilau dan kegoncangan yang berlaku di dalam masyarakat Malaysia.

DAP sangat takut kepada kemungkinan satu hari nanti umat Islam dan bangsa Melayu tanpa mengira kecenderungan politik mereka akhirnya akan bersepakat dan bekerjasama dalam lingkungan persaudaraan Islam dan membentuk satu agenda perjuangan bersama yang berteraskan Islam dan identiti keMelayuan yang kuat. Realiti ini bukanlah satu yang mustahil, malah bibit-bibit positif ke arah tercapainya hasrat tersebut sudahpun disemai.

Sekiranya ini berlaku, DAP akan hilang relevansinya, tipu dayanya akan terbongkar dan tembelangnya akan pecah. Zaman Melayu dan umat Islam diperbodohkan dan dipermainkan akan disejarahkan.

Tanpa disedari, episod pelayar Israel juga telah mendedahkan satu elemen persamaan dengan parti PAP yang memerintah Singapura. Bukan lagi satu rahsia bahawa Singapura merupakan satu negara satelit bagi Israel. Sedikit pengkajian dan penggalian maklumat akan membawa seseorang supaya merumuskan bahawa ideologi yang dianuti oleh PAP dan DAP hanyalah satu wasilah yang digunakan oleh Zionis untuk mencapai cita-cita mereka.

Seorang penulis Yahudi bernama Jack Bernstein di dalam mukadimah bukunya The Life of an American Jew in Racist Marxist Israel telah menulis:

“Zionism is a political movement started mainly by East European (Ashkenazi) Jews who for centuries have been the main force behind communism/socialism. The ultimate goal of the Zionists is one-world government under the control of the Zionists and the Zionist-oriented Jewish international bankers. Communism/socialism are merely tools to help them accomplish their goal.”

Maksudnya secara ringkas: Zionisme merupakan satu gerakan politik yang dimulakan khususnya oleh orang-orang Yahudi dari Eropah Timur (Ashkenazi) yangt sejak berkurun-kurun lamanya merupakan penggerak utama kepada komunisma/sosialisme. Matlamat tertinggi pihak Zionis adalah kerajaan satu-dunia di bawah kuasa Zionis dan pemilik-pemilik bank antarabangsa yang berorientasikan Zionisme. Komunisme/sosialisme hanyalah wasilah/alat untuk membantu mereka mencapai tujuan/matlamat mereka.

Hal ini tidak memeranjatkan dalam konteks hubungan politik dan sejarah yang sangat rapat antara DAP dan PAP.

DAP bukanlah rakan sekutu yang boleh dipercayai. Semangat patriotisma yang ada pada PAS dan UMNO langsung tidak ada pada parti DAP ini.

Tidak ada alasan dari segi Syara’ untuk umat Islam menyokong DAP ataupun berkongsi agenda perjuangan dengannya.

Adakah kita semua akan percaya kepada DAP sedangkan Allah berfirman di dalam Al Quran:

Bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” Surah Ali ‘Imran: Ayat 118

Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Pengerusi I-Peguam

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian