Pemandu teksi saman SPAD gara-gara Uber, Grabcar dan Blacklane

teksis

KUALA LUMPUR, Rabu – Kira-kira 102 pemandu teksi di sekitar Lembah Klang memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung perkhidmatan Uber, Grabcar dan Blacklane yang didakwa menjalankan operasi secara tidak sah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang, Zailani Isausuludin, 51, bersama 101 pemandu teksi selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan R Kengadharan & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam saman itu, pemandu teksi terbabit memohon perintah deklarasi supaya SPAD selaku defendan mengharamkan operasi Uber, Grabcar dan Blacklane, yang merupakan perkhidmatan teksi dalam talian kerana ia tidak tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714).

Plaintif turut memohon perintah injunksi agar SPAD tidak mengesahkan aktiviti dan operasi ketiga-tiga perkhidmatan teksi dalam talian itu selain mengeluarkan satu garis panduan dan pekeliling tertakluk kepada persetujuan terma-terma bagi mengharamkan operasi dan aktiviti perkhidmatan Uber, Grabcardan Blacklane.

Mereka juga memohon ganti rugi am, kos, faedah dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutan itu, pemandu teksi berkenaan mendakwa operasi yang dijalankan Uber, Grabcar dan Blacklane memberi kesan buruk terhadap industri perkhidmatan teksi tempatan kerana kadar tambang perkhidmatan teksi dalam talian itu jauh lebih rendah daripada teksi bermeter.

Mereka mendakwa operasi untuk membanteras ‘kereta sapu’ haram yang dijalankan SPAD serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilihat tidak berkesan, selagi aplikasi ‘penyedia tempahan’ oleh Uber, Grabcar dan Blacklane ini tidak disekat dan ianya dengan mudah mengkucar-kacirkan industri perkhidmatan teksi tempatan.

Plaintif mendakwa pemandu Uber, Grabcar dan Blacklane tidak memiliki kad pemandu yang dikeluar dan diluluskan oleh SPAD selain mendakwa pemandu berkenaan menggunakan kenderaan persendirian untuk mengambil penumpang serta kenderaan itu tidak didaftarkan dengan SPAD.

Plantif juga mendakwa SPAD gagal dan cuai mengambil tindakan proaktif untuk mengharamkan ketiga-tiga perkhidmatan dalam talian itu, sehingga segala hak dan kepentingan plaintif dipinggirkan oleh SPAD.

tppa-kempen

klik untuk bantah

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian