Penduduk kawal lagi Kampung Mutiara di Pulau Pinang

kg-mutiara-placard
GEORGETOWN, Selasa – Ratusan penduduk Kampung Mutiara di Batu Feringghi sekali lagi melakukan sekatan dan kawalan di pintu masuk ke kampung mereka berikutan ura-ura pemilik tanah akan menjalankan kerja pengusiran, hari ini.

Penduduk dilaporkan menyekat pintu masuk kampung di tepi bukit di Batu Ferringhi dengan menempatkan golongan tua serta berkerusi roda di bahagian hadapan bertujuan menghalang sebarang usaha merobohkan rumah mereka.

Ini adalah percubaan kali kedua pemilik tanah, Peter Loke untuk mengusir penduduk kampung itu selepas usaha pada pertengahan Oktober lalu gagal berikutan penduduk bangkit mempertahankan kampung mereka.

Konflik di kampung itu bermula selepas keputusan mahkamah berpihak kepada Loke yang membeli tanah itu pada 2007.

Penduduk kampung itu dikatakan mula berbincang dan berkumpul sejak malam tadi selepas tersebar desas-desus dalam media sosial bahawa pemilik tanah akan menjalankan kerja merobohkan rumah mereka, hari ini.

Sebelum ini, UMNO Pulau Pinang telah mengambil inisiatif untuk membeli tanah daripada pemilik dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Kerajaan Persekutuan sudah mengeluarkan tawaran rasmi untuk membeli tanah pada kadar pasaran semasa.

Surat yang dihantar kepada pemilik tanah pada 27 Ogos lalu bagaimanapun sehingga kini belum dijawab

Berikutan tindakan penduduk itu, sepasukan anggota polis diketuai Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, dikejarkan ke kampung berkenaan.

TPPA

klik untuk bantah

Keadaan bagaimanapun terkawal selepas Mior Faridalathrash memaklumkan polis mendapat perintah mahkamah bagi penangguhan pengusiran itu selepas mengadakan perbincangan dengan pemilik tanah, atas faktor keselamatan.

Sehubungan itu, beliau berkata, penduduk diberi tempoh sebulan untuk berbincang dengan pemilik tanah berhubung pengusiran itu.

Terdahulu beliau mengarahkan kira-kira 300 penduduk kampung itu yang berhimpun bagi menghalang pengusiran dan perobohan rumah mereka yang dikatakan akan dilakukan hari ini, supaya bersurai.

“Hasil perbincangan dengan pemilik tanah dan pendaftar mahkamah hari ini, aktiviti pengusiran ditangguhkan sebulan bermula hari ini … walaupun pemilik tanah mempunyai perintah pengusiran penduduk dari kawasan itu.

“Penangguhan tempoh sebulan akan memberikan masa kepada mereka yang terlibat untuk mengadakan perbincangan dan mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini,” katanya.

Antara yang dilihat hadir memberi sokongan kepada penduduk itu ialah Setiausaha UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Shah Hussain dan ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian