Pengharaman vape: Kenyataan Mufti N. Sembilan tepat dan tegas

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Seremban menyokong penuh kenyataan YB. Datuk Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan kerana bersetuju untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik dan vape selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Isma Seremban menyifatkan bahawa kenyataan Mufti Negeri Sembilan itu adalah tepat pada masanya dan tegas. Keputusan itu juga adalah berlandaskan kepada hujah hujah syarak dan tidak sama sekali dipengaruhi oleh keuntungan peniagaan yang memberi pulangan kepada individu yang berniaga dan ribuan generasi remaja yang terlibat dengan penggunaan vape. Malah YB datuk Mufti juga dengan jelas menegaskan akan mewartakan secara rasmi pengharaman vape di Negeri Sembilan, ini sekaligus aktiviti menghisap rokok elektronik di Negeri Sembilan boleh diambil tindakan.

Isma Seremban melihat bahawa pengharaman vape ini adalah bertepatan dengan tuntutan syarat, kerana:

  • TERLALU BESAR MUDARATNYA

Berdasarkan neraca syarak dan juga kajian oleh pihak Kementerian Kesihatan, jelas penggunaan vape terlalu besar mudaratnya, ini kerana cecair yang digunakan sangat mudah untuk disalahguna dengan mencampurkan bahan bahan terlarang seperti dadah. Kelemahan dari sudut kawalan akan diambil kesempatan oleh anasir anasir yang ingin mengaut keuntungan besar dan juga oleh penagih penagih dadah tegar dan akhirnya remaja yang kini masih selamat dari penyalah gunaan dadah akan terlibat tanpa disedari, seterusnya negara akan terpaksa menanggung beban dan akibat yang tidak dapat digambarkan.

  • MENCEGAH SEBELUM PARAH

Mencegah sebelum parah adalah salah satu kaedah syarak, pendekatan ini adalah untuk mempastikan kepentingan ummah dapat direalisasikan. Apakah kita masih teragak agak untuk membuat sesuatu keputusan setelah nyata keburukannya dan bahayanya kepada generasi serta ummah. Sikap menunggu sehingga keburukan tersebar dan melebar baru bertindak adalah satu tindakan yang tidak bijak malah ditegah oleh Islam. Jadi , pengharaman penggunaan vape adalah satu tindakan yang bersandarkan kepada kaedah syarak  iaitu mencegah sebelum parah.

  • ADA YANG BERALASAN: VAPE ADALAH PENDEKATAN UNTUK BERHENTI MEROKOK

Ini perlu kepada penelitian yang terpimpin dan ada bukti, bukan semudah itu untuk kita akur dan bersetuju. Apakah ia hanya sekadar lontaran yang berlandaskan persepsi semata mata atau memang benar benar dapat dibuktikan oleh satu kajian yang berwibawa. Sehingga kini, tidak terdapat mana mana pihak yang berani membuktikan bahawa penggunaan vape telah berjaya dan terbukti sebagai satu alat terkini yang mampu menjadikan perokok berhenti menghisap rokok, sebaliknya, ia menjadi tren baru yang menjadi pilihan kepada perokok, dari budaya merokok kepada budaya penggunaan vape. Malah yang semakin membimbangkan, remaja wanita semakin ramai diresapi budaya penggunaan vape ini.

Dari sudut lain pula, penggunaan vape bukan satu kaedah untuk berhenti merokok, sebaliknya ia merupakan alternatif untuk meneruskan aktiviti ketagihan rokok kerana harga rokok semakin mahal. Ini bukan satu persepsi tetapi satu yang realiti, Kementerian Kesihatan, sama ada peringkat negeri mahu pun peringkat daerah, pihak hospital telah lama menyediakan perkhidmatan rawatan untuk berhenti merokok, tetapi sayang perkhidmatan ini, walaupun sudah lama diwar warkan sampai kesetiap sekolah, namun sambutan dari individu yang beriya-iya hendak berhenti merokok dengan menggunakan vape sebagai alasan, masih tidak menggunakan perkhidmatan ini, kenapa?…sebenarnya mereka belum bersedia untuk berhenti merokok. Jadi, apakah boleh diterima alasan penggunaan vape itu sebagai satu pendekatan untuk berhenti merokok?, yang jelas, negara kita hari ini bukannya mencatatkan kejayaan jumlah berhenti merokok tetapi negara kita hari ini terpaksa berhadapan budaya baru remaja lelaki mahupun wanita telah jutaan terlibat dengan penggunaan vape yang tidak memberi apa apa manfaat.

KESIMPULAN:

Keberanian dan ketegasan YB Datuk Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad Mufti Kerajaan Negeri Sembilan untuk mengharamkan penggunaan vape serta mewartakannya secara rasmi adalah satu tindakan yang tepat dan perlu disokong oleh mana mana pihak, lebih lebih lagi keputusan tersebut adalah berlandaskan hujah hujah syarak demi kepentingan umum.

Akhirnya ISMA Seremban merakamkan syabas dan setinggi tinggi penghargaan kepada YB Sohibussamahah di atas keputusan dan pendirian beliau. Seterusnya kepada semua masyarakat di Negeri Sembilan hendaklah menghormati apa apa jua fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa fatwa Negeri Sembilan, ini adalah kerana setiap fatwa yang diputuskan oleh institusi ini adalah demi maslahah ummah.

Sekian terima kasih.

ust zamani

Ustaz Haji Zamani Ibrahim
YDP Isma Cawangan Seremban

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian