Peniaga tipu jual telefon bimbit di Kota Raya didenda RM6,000

mahkamah-650x416
BANGI, Khamis – Susulan kes penipuan telefon bimbit di Kompleks Kota Raya, seorang jurujual didenda RM6000 oleh Mahkamah Majistret di ibu negara, hari ini.

Liew Wai Chung, 21, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Muhammad Faizal Ismail selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhannya menipu seorang pelanggan yang bisu dan pekak.

Liew, yang kini telah berhenti kerja, didakwa menipu Shamsol Esham Hashim, 41, pekerja hotel, dalam urusan jualan telefon bimbit buatan syarikat Korea sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM400 kepadanya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kedai Team Spirit Enterprise, Kompleks Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini pada 3 petang 10 Disember lepas mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, jika disabit kesalahan.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan, jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh membayar denda tersebut.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian