Penipuan pembelian gajet telekomunikasi: KPDNKK terima 46 aduan dalam tempoh seminggu

gedung gajet

KUALA LUMPUR, Isnin – Sebanyak 46 aduan berhubung pembelian gajet komunikasi diterima oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menerusi kaunter aduan mini di tiga pusat beli belah di ibu negara, minggu lepas.

Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK WPKL Mohd Shahran Mohd Arshad berkata kaunter aduan berkenaan dibuka di Plaza Low Yat, Kompleks Pertama dan Kompleks Kota Raya sepanjang minggu lepas bermula dari 21 Dis.

“Kebanyakan aduan melibatkan dakwaan penipuan harga telefon bimbit oleh penjual,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Berikutan kebanyakan aduan itu diterima kaunter mini Kompleks Kota Raya, beliau berkata KPDNKK WPKL menyambung operasi kaunter itu di pusat beli belah berkenaan sehingga 3 Jan ini.

“KPDNKK WPKL juga akan menyiasat kesemua aduan berkenaan termasuk menjejaki pemilik yang telah menutup perniagaan mereka,” katanya.

Kaunter aduan itu dikendalikan dua pegawai dari 11 pagi hingga 10 malam.

KPDNKK menempatkan anggota penguat kuasa di tiga kompleks itu susulan insiden pergaduhan dipercayai berpunca daripada penipuan harga gajet telekomunikasi.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian