Pensyarah USIM dijemput sebagai profesor pelawat di Russia

Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli bergambar di hadapan bangunan Far Eastern Federal University di Russia.

Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli bergambar di hadapan bangunan Far Eastern Federal University di Russia.

NILAI, Selasa – Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli telah dipilih sebagai profesor pelawat bagi sekolah undang-undang Far Eastern Federal University (FEFU), Vladivostok, Russia.

Beliau merupakan ahli akademik pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara yang diundang FEFU sebagai profesor pelawat.

FEFU yang merupakan institusi pengajian tinggi perundangan kelima terbaik di Rusia mengundang ahli akademik dan profesor dari serata dunia setiap tahun.

“Lawatan saya adalah untuk selama lapan hari dari 16 hingga 23 November lepas dengan segala kos ditanggung oleh kerajaan Rusia. Ini merupakan lawatan saya yang kedua di mana kali pertama adalah dari 10 hingga 16 Disember 2014,” katanya.

Mohd Hazmi berkata jemputan lawatan itu melambangkan pengiktirafan bukan sahaja kepada ahli akademik undang-undang USIM tetapi juga Malaysia dan Asia Tenggara. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian