Polis arah ketua PPIM beri keterangan

KUALA LUMPUR 28 JANUARY 2015. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan. NSTP/Surianie Mohd Hanif

BANGI, Khamis – Polis mengarahkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan untuk tampil memberikan keterangan susulan dakwaan yang dibuat beliau berhubung anggota polis bersubahat dalam kes penipuan di Kompleks Kota Raya.

Kesal dengan dakwaan demikian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata Nadzim sepatutnya membenarkan polis untuk menyiapkan siasatan berhubung kejadian itu termasuk membabitkan aktivis kumpulan PPIM.

“Saya telah memanggil Nadzim selepas membaca wawancaranya di Utusan Malaysia, di mana beliau berkata terdapat ‘musang berbulu’ dalam pasukan polis.

“Saya mahu tahu siapa yang dimaksudkannya itu.

“Dia boleh beri maklumat tersebut kepada saya atau pergi membuat aduan dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,” katanya dipetik portal liberal hari ini.

Sementara Tajudin berkata, penahanan ahli PPIM Yusuf Azmi baru-baru ini merupakan sebahagian daripada siasatan polis.

“Penahanan itu dibuat untuk membantu siasatan. Biar kami lengkapkan siasatan dan jangan sebarangan mengulas mengenai kes itu,” katanya.

Katanya lagi, seorang lelaki akan didakwa di mahkamah Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan menipu dalam pergaduhan di kompleks Kota Raya itu.

“Dia akan didakwa mengikut Seksyen 415/417 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Kami sedang mencari seorang lagi suspek,” katanya.

Laporan yang dikeluarkan Utusan hari ini, Nadzim mendakwa bahawa kes penipuan yang berlaku di Kompleks Kota Raya seolah-olah dilindungi oleh pihak tertentu sehingga tiada sebarang tindakan yang dibuat keatas peniaga di kompleks tersebut.

Beliau juga turut melahirkan kebimbangan bahawa mungkin ada anggota polis yang terlibat dalam aktiviti haram seperti perjudian.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian