Polis, KPDNKK kena bertindak tegas terhadap peniaga samseng di Kota Raya

arman

KUALA LUMPUR, Sabtu – Polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa bertindakan tegas terhadap penjual dan syarikat telefon bimbit yang menggunakan cara samseng dalam kejadian di Kompleks Kota Raya, di sini, baru-baru ini.

Exco Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah berkata, selain syarikat dan penjual, pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan terhadap pusat beli-belah itu sendiri kerana membenarkan penipuan berlaku depan mata.

“Syarikat Samsung Malaysia Electronics (Samsung) harus batalkan semua hubungan niaga dengan syarikat tersebut serta-merta kerana merosakkan imej jenama itu. Jika diteruskan, maka boleh dikatakan pihak Samsung setuju dengan cara peniaga memeras dan menipu pengguna.

“Saya memohon jasa baik pihak polis untuk melepaskan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana mereka memperjuangkan hak pengguna yang ditindas dan ditipu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

BERITA BERKAITAN: KATA PEDANG: Penipu terlepas, pembela mangsa penipuan pula kena tindakan 

Dalam kejadian minggu lalu, sekumpulan lelaki menyerbu dan menyerang pekerja sebuah syarikat menjual telefon bimbit yang menggunakan logo Samsung di kompleks berkenaan selepas tidak puas hati kerana mendakwa ditipu.

Peniaga di kompleks itu juga dilaporkan bertindak melakukan jenayah iaitu ‘pengurungan secara tidak sah’ apabila ada pembeli yang cuba membatalkan niat membeli telefon bimbit di kedai mereka.

Sementara itu, Armand Azha berkata, pengguna boleh ke Mara Digital yang terletak di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini bagi membeli alatan elektronik.

“Pada pihak yang saya lihat berterusan menyerang Mara Digital, cukup-cukuplah membuat provokasi dan persepsi buruk terhadap pusat beli-belah tersebut,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian