Polis Selangor tubuh pasukan khas jejak remaja perempuan diculik

IMG-20151230-WA0004
SHAH ALAM, Rabu – Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak seorang remaja yang dipercayai dilarikan suspek menaiki van putih di Klang, Ahad lalu.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat, dalam satu kenyataan media hari ini, selepas kehilangan remaja itu menjadi perbualan hangat.

Kehilangan Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14 tahun, di Pelabuhan Klang menjadi viral di laman media sosial Facebook dan WhatsApp, sejak kelmarin, selepas dikatakan dilarikan dua lelaki India menaiki sebuah van berwarna putih.

Abu Samah berkata, siasatan serta operasi untuk mengesan remaja terbabit sedang giat dijalankan.

“Justeru, polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara, Asisten Superintendan Burhanuddin Mustafa di talian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Tarmizi Umar di talian 013-3430150.

Abdul Samah berkata, ibu mangsa menyedari kehilangan anaknya itu kira-kira jam 2.30 petang, Ahad lalu, selepas dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat pada keesokannya.

Mangsa sebelum ini masih boleh dihubungi oleh ibunya menerusi telefon bimbit di mana anaknya memaklumkan bahawa dia keluar untuk berjumpa rakannya.

Siasatan awal polis mendapati, kali terakhir mangsa dilihat kira-kira jam 7 malam, Ahad lalu, bersama seorang lelaki Cina yang dipercayai merupakan teman lelakinya di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

“Siasatan juga mendapati remaja perempuan itu memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya.

“Malah, remaja tersebut juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah selain tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya,” katanya.

Katanya lagi, bagaimanapun, semalam kira-kira jam 7.30 malam, ibu mangsa telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu telah dilarikan oleh dua lelaki yang tidak dikenali semasa dalam perjalanan ke rumah.

“Mangsa juga memberitahu dirinya telah dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van warna putih,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian