Polis tahan penjual telefon bimbit disyaki tipu pelanggan di Kota Raya

tajudin

KUALA LUMPUR, Rabu – Polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung kes penipuan penjualan telefon bimbit di Kompleks Kota Raya di sini susulan laporan mangsa yang terlibat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, berkata seorang penjual telefon bimbit juga telah ditahan dan direman sehingga esok bagi membantu siasatan manakala seorang lagi masih dikesan.

Mengulas kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sebuah portal berita yang mempersoalkan mengapa peniaga yang menipu tidak ditahan seolah-olah terdapat komplot yang berlaku, Tajudin berkata, polis akan meneruskan dan menyiapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada pihak pendakwaan.

“Serbuan pernah dilakukan di kompleks berkenaan pada 27 Mac lalu dengan rampasan sebanyak 500 unit telefon bimbit disyaki palsu.

“Saya menegaskan dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu dan menjejaskan siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Pada 20 Disember lepas, sekumpulan individu dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli-belah itu dan klip video pergaduhan itu yang berdurasi dua minit 30 saat telah dimuat naik dalam YouTube. – Bernama

BERITA BERKAITAN

1. Peniaga di Kota Raya kebal, tiada yang ditangkap kerana menipu, mengurung?
2. 29 aduan penipuan di Plaza Kota Raya: KPDNKK
3. Peniaga telefon tipu pelanggan di Kota Raya larikan diri
4. KATA PEDANG: Penipu terlepas, pembela mangsa penipuan pula kena tindakan
5. KATA PEDANG: Lebih baik beli daripada peniaga Melayu daripada……..
6. Peniaga tipu jual telefon bimbit aktivis PPIM pula kena soal siasat polis
7. ‘Tolong orang pun masuk dalam’ – Yusuf Azmi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian