Pusat rawatan sakit jiwa di Israel penuh sesak disebabkan Intifadah

israel sakit jiwa
JERUSALEM, Selasa – Seramai 8,000 warga Israel mengalami sakit jiwa dan ketakutan amat sangat sejak tiga bulan kebelakangan.

1,500 orang daripadanya adalah rakyat Israel yang tinggal di Jerusalem, lapor akhbar negara haram itu, Maariv semalam.

Jumlah ini makin meningkat berikutan Intifadah yang dilancarkan rakyat Palestin terutamanya yang menggunakan pisau.

Laporan berita itu juga memaklumkan pihak kesihatan sakit jiwa Israel akan membentangkan pelan rawatan dan pencegahan dalam satu seminar akademik di Asqalan.

“Dalam setiap serangan yang dilakukan oleh rakyat Palestin, kira-kira 27 orang warga Israel akan terkesan dengan mengalami masalah sakit jiwa yang perlu dirawat.

“Sejumlah rakyat Israel terdedah dengan masalah sakit jiwa hanya disebabkan mereka menonton operasi Intifadah yang disiarkan di televisyen, meskipun mereka tidak berada di tempat kejadian,” kata laporan itu lagi.

Pasukan polis Israel pula melaporkan dalam tempoh tiga bulan, 25 orang rakyat Israel terbunuh termasuk anggota polis manakala 280 orang cedera.

Ia disebabkan 120 kes tikam yang dilakukan rakyat Palestin, 46 kes tembakan dan 75 kes lontaran bom molotov. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian