Sebar fitnah, tohmahan untuk pastikan Mara Digital gagal

ismaill

BERA, Sabtu – Pihak yang menyebar fitnah dan tohmahan terhadap Mara Digital dipercayai melakukannya bagi memastikan usahawan Bumiputera yang menceburi perniagaan peralatan teknologi maklumat (IT), gagal.

Pihak terbabit juga dikatakan bertindak demikian untuk memastikan monopoli mereka dalam bidang IT berterusan.

Ini didedahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengulas tindakan segelintir pihak menyebarkan pelbagai tohmahan termasuk melalui media sosial demi memastikan pusat usahawan digital Bumiputera, gagal.

“Langkah mewujudkan Mara Digital ini bukan untuk bersaing dengan mana-mana pihak tetapi sebagai langkah untuk menyediakan tempat perniagaan kepada bumiputera sesuai dengan peranan Mara itu sendiri.

“Ini kerana selama ini peniaga bumiputera dalam bidang tersebut susah untuk mendapat tempat dan jikalau adapun sewanya agak mahal, menyebabkan ramai yang tidak mampu,” katanya selepas program ‘Back To SchoolYayasan Pelajaran Mara’ di Bera, Pahang, Sabtu.

Beliau berkata, pihak terbabit tidak perlu berasa terancam kerana Mara Digital hanya mempunyai 38 gerai berbanding pusat digital lain yang lebih besar dan mempunyai ratusan gerai.

“Kami hanya menyediakan pilihan kepada pengguna dan kami tidak pernah memaksa mereka untuk membeli-belah di situ, jadi tak perlulah nak memburukkan Mara Digital,” katanya.

Katanya, kewujudan Mara Digital juga sedikit sebanyak membantu menghidupkan kembali perniagaan di Arked Mara yang selama hampir malap.

BERITA BERKAITAN:

1. Mara Digital Mall diperluas di setiap ibu negeri bermula tahun depan: Ismail Sabri
2. KATA PEDANG: Sokong perniagaan Melayu, sokong Mara Digital
3. VIDEO: Mara Digital selepas seminggu dibuka

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian