Sidang Kemuncak Bantah TPPA 9 Januari, demonstrasi besar-besaran 23 Januari

sidang media bantah tppa
Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

KUALA LUMPUR, Khamis – Satu sidang kemuncak dan demonstrasi besar-besaran bagi menyatakan bantahan rakyat Malaysia terhadap Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan diadakan pada 9 Januari dan 23 Januari akan datang.

Sidang Kemuncak Bantah TPPA 2016 akan diadakan di Ideal Convention Centra (IDCC) di Shah Alam, manakala perhimpunan aman besar-besaran akan diadakan di Dataran Merdeka.

Perkara ini diumumkan pada sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi Bantah TPPA, Azlan Awang di Bangsar hari ini.

Sidang Kemuncak 2016 akan menampilkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menyampaikan ucaptama di samping ucapan daripada ahli akademik dan aktivitis seperti Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Bantah TPPA, Encik Nizam Mahsyar, pakar undang-undang, Prof Gurdial Singh Nijar dan Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid.

Sidang kemuncak yang akan dihadiri kira-kira 500 pemimpin sivil dan politik akan menjadi konsensus dan bukti penolakan rakyat terhadap TPPA.

“Pada akhir sidang kemuncak itu, pengisytiharan awam bagi penolakan rakyat terhadap TPPA, yang akan ditandatangani oleh organisasi yang mengambil bahagian akan dikeluarkan.

“Sebagai penutup acara, satu deklarasi awam mengumumkan penolakan rakyat terhadap TPPA akan dikeluarkan,” kata Azlan.

Pihak penganjur mengalu-alukan penglibatan ketua-ketua pergerakan politik dan Ahli Parlimen daripada parti kerajaan mahupun pembangkang untuk mengambil bahagian dalam sidang kemuncak ini.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata kepada Ismaweb bahawa Isma menyokong penolakan TPPA demi menjaga kedaulatan negara.

“Kami menyeru semua pihak hadir pada sidang kemuncak 9 Januari nanti dan demonstrasi besar-besaran pada 23 Januari akan datang,” katanya.

TPPA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian