Sijil peluk agama Islam sah: Mahkamah Rayuan

Isu penukaran agama kepada Islam menjadi hak eksklusif Mahkamah Syariah

Istana Kehakiman

PUTRAJAYA, Rabu – Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang memutuskan bahawa sijil penukaran agama tiga kanak-kanak oleh bapa mereka yang memeluk Islam, Muhd Riduan Abdullah, adalah tidak sah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Balia Yusof Wahi ketika membenarkan rayuan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan lima yang lain, turut memutuskan bahawa penukaran agama membabitkan umat Islam adalah di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi Muhd Riduan hak penjagaan ketiga-tiga anaknya – Tevin Darsiny, 17, Karan Dinish, 16, dan Prasana, 6, – selepas beliau menukarkan agama mereka daripada Hindu kepada Islam.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Ipoh kemudian mengisytiharkan bahawa perintah hak penjagaan itu adalah tidak sah dan batal kerana Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi perintah hak penjagaan apabila pihak lain (ibu) bukan beragama Islam.

Muhd Riduan bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Pendaftar Pertukaran Agama, kerajaan negeri Perak, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia kemudian mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan sijil penukaran agama kanak-kanak berkenaan.

Sementara itu, peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang menjadi pemerhati Persatuan Peguam Muslim berkata, penghakiman Mahkamah Rayuan hari ini menjelaskan yang penukaran agama adalah persoalan agama dan hanya Mahkamah Syariah mempunyai kuasa dalam hal itu.

“Keputusan majoriti menjelaskan perkara ini dan mahkamah sivil tiada hak mendengar dan menentukan isu,” katanya kepada pemberita.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian