Tanda salib di Langkawi: KJ kata isu bodoh
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
LANGKAWI, Rabu – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan isu tanda salib di bumbung rumah teres di Langkawi sebagai membuang masa dalam isu-isu bodoh.
“Rumah-rumah yang ada ‘salib’ di Langkawi. Sekarang dicat semula selepas tercetusnya isu. Kita terlalu banyak menghabiskan masa dengan perkara bodoh,” tulisnya di akaun Twitter hari ini.
Gambar rumah yang berbumbungkan ‘salib’ itu viral pada minggu lalu selepas dimuatnaik di media sosial dan mencetuskan ketidakpuasan hati ramai pihak.
Susulan itu, Majlis Daerah Langkawi telah memanggil pemaju kawasan perumahan berkenaan supaya memperbetulkan memperbetulkan semula struktur binaan pada bahagian bumbung rumah yang kelihatan seperti lambang salib.
Khairy yang kini berada di Langkawi untuk kejohanan layar antarabangsa sempat bergambar dengan rumah berkenaan.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan