Tempoh 6 bulan janji Najib selesai masalah kewangan 1MDB sudah tamat

aninass
BANGI, Rabu – Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin berkata, tempoh enam bulan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengotakan janjinya menyelesaikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah sampai kepenghujungnya.

Dalam kiriman melalui Facebook beliau hari ini, Ainina berkata, rakyat Malaysia kini sedang menanti janji yang pernah dilafazkan Najib untuk menyelesaikan masalah kewangan 1MDB dalam tempoh enam bulan.

Katanya, tempoh enam bulan itu sudah sampai dan Perdana Menteri mesti mengotakan janjinya.

“Rakyat negara ini tidak menantikan bunga api sambutan tahun baru, sebaliknya mereka menunggu janji-janji Najib bahawa 1MDB akan berjaya mengatasi masalah kewangannya menjelang 31 Disember 2015… enam bulan dari tarikh janji tersebut diucapkan,” katanya.

Najib sebelum ini pernah melafazkan janji sebanyak dua kali untuk menyelesaikan kemelut berkait hutang1MDB dalam tempoh enam bulan.

Kali pertama beliau dilapor pernah meminta tempoh enam bulan itu diberikan ialah dalam satu pertemuan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 Jun 2015.

Kemudian pada Ogos, Najib sekali lagi mengulangi perkara sama dalam satu program di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, tidak pasti tarikh mana satu yang akan digunakan oleh Najib untuk tempoh enam bulan itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian