Terengganu fatwa vape haram
KUALA TERENGGANU, Rabu – Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan di negeri ini.
Mufti Negeri Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda berkata, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bersetuju menetapkan penggunaan vape adalah haram mengikut pandangan Islam dengan berasaskan dalil serta hujah daripada al-Quran dan hadis.
Beliau yang turut meluahkan rasa kecewa terhadap penggunaan vape berkata, penggunaan vape bukan hanya mendatangkan mudarat kesihatan, malah ia mengundang pembaziran ketika umat Islam perlu mengukuhkan ekonomi di zaman serba mencabar ini.
“Jabatan Mufti Negeri sedih dengan perkembangan penggunaan kedua-dua jenis rokok baharu ini apabila ia semakin berluasa sehingga membabitkan bukan setakat orang dewasa, malah remaja, kanak-kanak dan wanita.
“Penggunaan vape juga merendahkan moral dari sudut lahiriah penggunanya,” katanya yang dipetik dari BH.
Keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri juga selaras dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, yang sebelum ini memutuskan penggunaan vape adalah haram, kata Dr. Zulkifly.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan