TPPA hanya selamatkan ekonomi Amerika: A Kadir Jasin
BANGI, Isnin – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) hanya untuk menyelamatkan ekonomi Amerika bagi melawan kuasa besar lain seperti China, Russia dan British.
Tokoh Wartawan Kebangsaan, Datuk A Kadir Jasin berkata, Malaysia tidak boleh keluar daripada perjanjian itu walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penyertaan itu tidak perlu disahkan.
“Ia sudah terlambat, kita akan tandatangan, kita untung atau rugi, dia (Mustapa tetap) akan tandatangan.
“TPPA ini adalah ciptaan Amerika untuk melawan China, Russia dan BIRC, pasal apa kita dengan rela hati dijajah balik.
“Kita ni bodoh boleh terima, Kesatuan Eropah tak terima lagi, dia hanya ada rundingan saja,” katanya dipetik Sinar Online.
Kadir mendakwa, Malaysia juga akan dianggap sebagai pihak yang tidak beramanah jika tidak mahu melaksanakan perjanjian perdagangan itu selepas rundingan dimuktamadkan, baru-baru ini.
“Kita minta itu dan ini, tapi kita tak mahu laksanakannya.
“Bila kita tak laksana TPPA, sudah pasti kedudukan (ekonomi) kita akan jatuh kerana Amerika Syarikat tak percaya kita lagi,” katanya pada Siri Bicara Prowaris bertajuk Ke manakah Melayu Selepas 1MDB dan TPPA semalam.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan