Vape: PPIM syor badan berkecuali buat kajian kemudaratan

vapp

KUALA LUMPUR, Sabtu – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan sebuah badan berkecuali bagi membuat kajian sama ada penggunaan vape mendatangkan mudarat dan perlu diharamkan sepenuhnya atau tidak.

Cadangan itu dibuat selepas beberapa kerajaan negeri memutuskan bahawa vape atau rokok elektronik adalah haram bagi umat Islam, telah mengundang kekeliruan masyarakat.

Memetik laporan BNBBC, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata mesyarakat kini keliru berikutan tindakan pengharaman vape yang tidak sekata di antara negeri-negeri.

“Kena ada satu badan yang buat kajian putuskan ianya bahaya atau tidak, saya kira kajian daripada universiti tempatan adalah paling baik sebab mereka tiada kepentingan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), badan agensi lain dan sebagainya.

“Sekarang ini ada negeri yang kata haram, ada yang tidak. Misal kata di Johor haram, kita masih boleh hisap vape di sempadan Johor sebab kalau masuk Johor dan haram, dan kalau masuk Kelantan ke dah tak boleh hisap bape tetapi negeri lain boleh,” kata Nadzim kepada BNBBC, hari ini.

Keputusan pengharamaan vape oleh Majlis Fatwa Kebangsaan minggu lalu katanya, juga perlu diregulasikan bersama keputusan tidak diharamkan oleh Kabinet.

“Kalau kita tengok rokok sebelum ini dikatakan haram, tapi masih dijual, masih ada orang hisap. Arak yang secara terang adalah haram masih ada orang beragama Islam minum.

“Jadi saya lihat meskipun ada kenyataan yang mengharamkan dan ada yang menghalalkan, ia tetap tidak memberi kesan kepada pengguna, seolah-olah keputusan yang dibuat tiada fungsinya,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengeluarkan fatwa bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

Kabinet pula bagaimanapun, dalam satu kenyataan memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian