1MDB: PAC panggil semula bekas Presiden, Pengerusi

pacc

KUALA LUMPUR, Rabu – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), akan memanggil semula bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi bagi melengkapkan laporan berhubung prosiding pengurusan kawalan tadbir urus syarikat berkenaan.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin prosiding berkenaan juga akan memanggil bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Beliau berkata, prosiding yang sepatutnya berakhir hari ini tidak dapat dilakukan berikutan terdapat banyak perkara lain yang perlu diteliti dan PAC membuat keputusan ada keperluan memanggil semula Shahrol Azral.

“Saya jangka hari ini kita boleh habiskan prosiding dan terus sahaja kepada persediaan laporan.Namun ada perkara perlu diteliti dan kita akan memanggil semula Shahrol dan Tan Sri Bakke bagi mendapatkan beberapa maklumat.

“Kita juga tidak akan terpengaruh dengan media sosial dalam dan luar negara sebaliknya akan berasaskan laporan yang dikeluarkan ketua audit negara melalui prosidng ini,” katanya pada sidang media selepas selesai prosiding bersama Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin di bangunan Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, laporan penuh berhubung prosiding dijangka disiapkan sebelum dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat, Mac ini.

tppa-3

“Saya bimbang kita tidak boleh selesaikan pada bulan Mac namun kita cuba sedaya upaya siapkan.

“Kita memang akan panggil dua orang itu sahaja, tidak ada orang lain lagi dan selepas kita panggil kita akan buat rumusan dan tidak akan panggil sesiapa lagi. Bila kita akan panggil kita tidak tahu lagi,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai prosiding bersama Lodin hari ini, Hasan berkata beliau berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan kepada PAC.

Shahrol pernah dipanggil oleh PAC sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada 25 dan 30 November tahun lalu, manakala Mohd Bakke akan dipanggil buat kali pertama meskipun hanya memegang jawatan di dalam 1MDB selama dua bulan sahaja.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian