20 maut serangan di Burkina Faso, Al-Qaeda mengaku bertanggungjawab
OUAGADOUGOU, Sabtu – Pemberontak al-Qaeda dari kumpulan Islamic Maghreb (AQIM) mengaku bertanggungjawab ke atas serangan di hotel empat bintang, di ibu negara Burkina Faso semalam.
Berdasarkan maklumat risikan antarabangsa, sekutu kumpulan al-Qaeda di Afrika mengaku bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan.
Pengarah Hospital Yalgado Ouedraogo, Robert Sangare berkata setakat ini tiada jumlah angka kematian yang tepat dapat dianggarkan.
“Kami tidak mempunyai angka yang tepat lagi tapi ia sekurang-kurangnya 20 orang telah terbunuh.
“Bagaimanapun kami menerima sekurang-kurangnya 15 yang cedera akibat terkena peluru manakala yang lain cedera ringan ketika panik menyelamatkan diri,” katanya.
Kejadian itu membabitkan enam penyerang bersenjata itu dilaporkan berlaku di sebuah hotel pada JAM 7.30 malam Jumaat.
Saksi dilaporkan mendengar bunyi tembakan dan letupan di sebuah hotel utama di Ouagadougou dan restoran berdekatan.
Beberapa orang dipercayai turut terbunuh dalam apa yang disifatkan Kedutaan Perancis sebagai serangan pengganas.
Dilaporkan kira-kira 10 kenderaan terbakar di jalan bertentangan hotel yang sering dikunjungi warga asing dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan