34 mayat pelarian Syria terdampar di pantai Turki

bodye

Pekerja penyelamat Turki melihat mayat seorang pelarian yang terdampar di Pantai Ayvalik, semalam. – Gambar AP

ISTANBUL, Rabu – Sekurang-kurangnya 34 mayat pelarian Syria, tujuh daripadanya kanak-kanak, ditemui terdampar di dua kawasan sepanjang pantai Aegean di Turki, semalam, selepas mereka dikatakan cuba menyeberangi ke Pulau Lesbos, Greek.

Kemasukan pelarian, kebanyakannya yang melarikan diri daripada perang saudara di Syria untuk mendapatkan perlindungan di Eropah, berterusan pada musim sejuk, walaupun angkanya agak menurun. Kira-kira sejuta orang dipercayai menyeberangi atau cuba melintasi Pulau Aegean tahun lalu, lima kali ganda berbanding 2014.

Mereka yang ditemui semalam dipercayai lemas selepas bot dinaiki dikatakan karam ketika laut bergelora. Tidak dapat dipastikan berapa jumlah bot atau penumpang yang terbabit.

Dua puluh empat daripada mayat itu dijumpai di pantai di daerah Ayvalik, manakala 10 lagi ditemui di daerah Dikili, kata pasukan pengawal pantai Turki.

Pengawal pantai dan pasukan keselamatan menyelamatkan 12 orang yang terapung di laut dan di atas batu di pantai Ayvalik. Tiga bot dan helikopter pengawal pantai masih menjalankan gerakan mencari dan menyelamat.

“Ini adalah satu jenayah kemanusiaan. Mengarahkan orang ke laut seperti ini adalah satu pembunuhan,” kata Gabenor Ayvalik, Namik Kemal Nazli yang merujuk kepada kumpulan pemerdagangan manusia yang mengeksploitasi pelarian yang terdesak untuk ke Eropah.

Memberitahu laman berita Haberturk, beliau berkata, antara 50 hingga 60 pelarian dari Iraq, Syria dan Algeria diletakkan dalam sebuah bot dari Dikili.

Portal itu turut melaporkan tujuh mayat kanak-kanak yang dijumpai itu, termasuk dua perempuan.

Seorang saksi berkata, beliau mendengar sebuah bot karam selepas melanggar batu karang. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?