3,500 wanita, kanak-kanak jadi hamba Daesh

daesh

GENEVA, Rabu– Sekurang-kurangnya 3,500 wanita dan kanak-kanak menjadi hamba dalam tahanan kumpulan militan Daesh di Iraq, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Zeid Ra’ad Al Hussein, berkata angka terbabit masih tidak mampu menggambarkan penderitaan dilalui oleh orang awam di Iraq.

“Angka itu hanya menggambarkan mereka yang dibunuh atau cedera akibat keganasan, tetapi jumlah mereka yang mati akibat kebuluran, kehausan dan tidak mendapat bantuan perubatan tidak terkira jumlahnya,” katanya

Sementara itu Misi bantuan PBB untuk Iraq dan Pejabat Hak Asasi Manusia PBB juga memaklumkan bahawa sehingga hari ini pihaknya sudah mendokumenkan penderaan berleluasa yang dilakukan kumpulan Daesh.  

Antaranya melibatkan kesalahan perbuatan jenayah perang, kemanusiaan dan kemungkinan pembunuhan beramai-ramai serta tindakan kumpulan militan Daesh yang menguatkuasakan undang-undang keras dan menjalankan hukuman bunuh di depan khalayak ramai.

Antara awal tahun 2014 dan penghujung Oktober 2015, laporan itu menyebut sekurang-kurangnya 18,802 orang awam dibunuh di Iraq dan 36,245 lagi cedera. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian