4,211 calon STAM lulus 10 mata pelajaran

nawalstam21jan.transformed

BANGI, Khamis – Seramai 4,211 atau 67.8 peratus calon yang menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 lulus semua 10 mata pelajaran dan berjaya memperoleh pangkat Maqbul (Lulus) hingga Mumtaz (Cemerlang).

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Datin Nawal Salleh, berkata jumlah itu adalah peningkatan 4.5 peratus (388 calon) berbanding 3,823 calon untuk pencapaian pada 2014.

“Calon yang memperoleh sijil pangkat Mumtaz (cemerlang) pada tahun lalu meningkat sebanyak 113 calon (1.6 peratus) iaitu 444 calon (7.1 peratus) berbanding 331 (5.5 peratus) pada 2014.

“Secara keseluruhan, pencapaian calon peperiksaan STAM 2015 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.12 mata Gred Purata Nasional, iaitu 3.08 mata pada tahun lalu berbanding 3.20 mata pada 2014,” katanya pada sidang media Pengumuman Analisis Keputusan STAM 2015 di Kementerian Pendidikan di Putrajaya, hari ini.

Seramai 8,982 calon (7,718 calon baru dan 1,294 calon mengulang) mendaftar untuk menduduki STAM.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?